KUNJUNG HORMAT PENGARAH JAS MELAKA BERSAMA DELEGASI KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN & MELAKA

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JAS MELAKA BERSAMA DELEGASI KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN & MELAKA

Seremban, 10 Julai 2020  -  Satu kunjungan hormat Pengarah JAS Melaka, Tuan Rosli Bin Haji Osman bersama pegawai-pegawai JAS Melaka terhadap Tuan Joanes Bin Muda, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Sembilan dan Melaka telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Jurassic JMG NSM. Seramai 8 orang pegawai JMGNSM dan 6 orang kakitangan JAS telah hadir di dalam perjumpaan ini. 

Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan isu berkaitan alam sekitar, perkongsian maklumat dan pertukaran data diantara kedua-dua agensi. Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang isu kejadian air jernih di Sungai Kesang, Melaka. Fenomena ini telah menjadi sebutan baru-baru ini dan kawasan tersebut telah menjadi tumpuan pelancong. Menurut Jabatan Alam Sekitar, hidupan air seperti ikan dan rumpai air semakin membiak dan hidup subur di dalam sungai tersebut. Sesi perbincangan dan penerangan telah diadakan bagi mengetahui punca kejadian fenomena ini. 
.
 

2020 19

Sesi perbincangan sedang berjalan.

2020 19

Semua yang hadir bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

2020 19

Antara kakitangan yang turut hadir di dalam perbincangan ini. 

2020 19

Penyerahan Coffee Table Book kepada Pengarah JAS sebagai tanda kenang-kenangan dari JMG NSM. 

 

2020 19

Sesi ini disempurnakan dengan hebahan pencegahan pembakaran terbuka dan penyerahan poster berkaitan aduan alam sekitar.