MESYUARAT PROJEK PEMBANGUNAN SUKU TAHUN KEDUA DAN KETIGA 2020 JMG SABAH

MESYUARAT PROJEK PEMBANGUNAN SUKU TAHUN KEDUA DAN KETIGA 2020 JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (14 OGOS 2020): JUMAAT, Pihak Pengurusan JMG Sabah telah mengadakan mesyuarat projek pembangunan untuk suku tahun kedua dan ketiga bagi tahun 2020 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat Satu, Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 9.30 pagi.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Webster Wong Vui Chung (Timbalan Pengarah Sumber Mineral), dan telah dihadiri oleh semua pegawai projek seramai lebih kurang 20 orang semuanya. Antara yang hadir Dr. Frederick F. Tating (Timbalan Pengarah Geosains), Dr. Morius Bantas (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal), En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumata), Pn. Jenneth Cyril, En. Bailon Golutin, En. Daulip Lakkui, En. Jaineh Lingi, Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi, En. Khairun Nasir bin Moktar, En. Cleafos Totu, En. Arthur Clement Makulim, En. Mison Ajum, En. Azizan Juhin, Pn. Lim Li Chien, Cik Fatimah Tuzahra binti Kamaludeen dan Pn. Lena Anggie (PTM).

Mesyuarat ini diadakan bertujuan bagi membincangkan perjalanan projek-projek dan merangka perancangan baru. Mesyuarat berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang.

Sumber Maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2020-08-14-01-50-51#sigProIde29ddcb829