Pemantauan Habuk di sekitar Pelabuhan Tanjung Beruas (TBPort), Tanjung Kling, Melaka

Pemantauan Habuk di sekitar Pelabuhan Tanjung Beruas (TBPort), Tanjung Kling, Melaka

 

Tanjung Kling, Melaka – Berikutan daripada aduan penduduk di sekitar Pelabuhan Tanjung Beruas berkenaan aktiviti pengangkutaan Arang Batu disekitar kawasan berkenaan di dalam program Aduan Rakyat di TV3 pada 9 Oktober 2020 yang lalu. Maka satu pasukan telah dibentuk di JMG NSM atas arahan Ibu Pejabat dan dianggotai seramai 3 orang kakitangan.  
 
                Tinjauan awal telah dibuat di kawasan Pelabuhan Tanjung Beruas oleh Pengarah JMG NSM, En Joanes bin Muda dan Timbalan Pengarah Unit Lombong dan Kuari, En Hairul bin Mohamed Shaharuddin. Satu perjumpaan bersama Jawatankuasa TBPort dan wakil pengadu telah diadakan di TBPort.

               Hasil daripada pertemuan tersebut, pemantauan terhadap aktiviti pengangkutan Arang Batu telah dijalankan. Kakitangan JMG NSM yang terlibat di dalam pemantauan ini adalah En Mohd Zuraimi bin Ibrahim @ Ghazali, En Mohd Azmiran bin Amran masing-masing dari Unit Lombong dan Kuari dan En Anuar bin Bukhari (Unit Pentadbiran).

                Antara peralatan yang digunakan adalah Dust Deposition Gauge (DDG) dan Tactical Air Sampler (TAS). Alat DDG ini telah dipasang di salah sebuah rumah pengadu selama 1 bulan sebelum keputusan sampel diambil. Manakala sebanyak dua alat TAS telah dipasang di kawasan aduan bagi mengukur Total Suspended Partical (TSP) dan Particulate Matter 10 micron (PM 10). Alat  ini telah dipasang selama 12 jam selama 7 hari di kawasan laluan pengangkutan arang batu. Pelbagai rintangan dan cabaran telah dihadapi sepanjang proses ini berlangsung, diantaranya adalah cuaca yang sentiasa berubah dan komen daripada penduduk tentang kerisauan mereka terhadap masalah ini.  

 

Artikel disediakan oleh En Mohd Azmiran bin Amran.

Disemak oleh En Hairul bin Mohamed Shaharuddin.