TIGA MAJLIS DALAM SATU ANJURAN JMGSWP

TIGA MAJLIS DALAM SATU ANJURAN JMGSWP

SHAH ALAM -  Pada tanggal 10, bulan Mei 2022 bersamaan dengan 9 Syawal 1443H, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan tiga majlis pada hari yang sama, iaitu Majlis Perhimpunan Bulanan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 dan Majlis Sambutan Aidil Fitri 2022.

Ketiga-tiga majlis tersebut diadakan seiring dengan sesi lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG Malaysia, Tuan Mohd Badzran bin Mat Taib ke JMGSWP. Agenda majlis dimulakan tepat pada pukul 9.30 pagi dengan bacaan doa, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, nyanyian lagu Negaraku, Perutusan Pengarah JMGSWP oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zukliflee bin Che Soh, ucapan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pada majlis APC tahun ini, tiga penerima anugerah iaitu Puan Nurul Zulaikha Akma binti Mohd Zaki, Encik Airul Izuddin bin Ali Hassan serta Encik Ghazali bin Rahim telah diraikan dan menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Tuan Mohd Badzran bin Mat Taib. Seterusnya satu sesi beramah mesra telah diadakan juga bersama TKP (OPS) sebelum semua hadirin dihidangkan dengan video ucapan hari raya dan diakhiri dengan Majlis Sambutan Aidil Fitri yang disambut secara sederhana tetapi meriah.