PROGRAM RESKILL DAN UPSKILL KURSUS ASAS DAN LANJUTAN JURUPANDU @ GEOGUIDE ASPIRING MERSING GEOPARK 2022

PROGRAM RESKILL DAN UPSKILL KURSUS ASAS DAN LANJUTAN JURUPANDU @ GEOGUIDE ASPIRING MERSING GEOPARK 2022

Mersing, 06-12 September 2022 - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Jmg Johor bersama pengendali program EmpirePutra Tourism telah menganjurkan Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu @ Geoguide Aspiring Mersing Geopark 2022.

Kursus ini telah disertai seramai 32 orang peserta yang yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dari komuniti Mersing Geopark. Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Khairulnizam bin Hashim, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA) KeTSA. Kursus Jurupandu @ Geoguide Aspiring Mersing Geopark ini merupakan antara perintis kepada kursus jurupandu Geopark di Malaysia. Program ini merupakan peruntukkan projek berskala kecil di bawah program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi (PEMERKASA) dan reskill dan upskill bagi tujuan pembangunan modul dan latihan asas/lanjutan jurupandu geoguide. Kesemua peserta berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Pihak KeTSA dan JMG mengucapkan syabas & tahniah atas penglibatan dan komitmen peserta.

 

Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor