MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2023 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2023 JMG JOHOR

Johor Bahru, 27 September 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2023 dan Sambutan Hari Kemerdekaan JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pembentangan pelajar latihan industri En. Muhammad Redhuan b. Yusnizam dari Universiti Malaya berkenaan aktiviti di JMG Johor.

Selepas itu majlis diteruskan dengan sambutan hari kelahiran bagi warga JMG Johor yang lahir pada bulan Julai hingga September. Majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat JMG Johor. Pelbagai acara telah diadakan antaranya pertandingan mewarna poster, pertandingan foto dan kuiz.

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah