MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2023 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2023 JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 November 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2023 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Siti Nur Idyani bt. Yahaya diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syazwan Zainie b. Jainal dan bacaan ikrar oleh Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pengenalan Pegawai Geosains baru Puan Fatimah Tuzaharah bt. Kamaludeen  dari JMG Sabah.

Selepas itu majlis diteruskan dengan taklimat "Aset dan Stor" oleh Puan Norfazelah bt. Hassan dan taklimat "Bijak Kewangan" oleh pihak Prudential. 

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah