SESI LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN HALA TUJU TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU – ROMPIN (SELAI)

SESI LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN HALA TUJU TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU – ROMPIN (SELAI)
Johor Endau-Rompin Selai, 05 Februari 2024 - JMG Johor telah di jemput bagi menghadiri satu lawatan tapak yang telah mengalami perubahan topografi dan kerosakan infrastruktur di sebabkan oleh banjir besar pada bulan Mac 2023 yang lalu. Tujuan diadakan lawatan ini bagi meninjau dan membincangkan hala tuju TNJERS pada masa akan datang. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor (JKR), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan SR Architects Sdn Bhd.
 
 
JMG Johor diwakili oleh Pengarah Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin, Timbalan Pengarah Geosains En. Khairul Zaman bin Ibrahim, Penolong Pengarah En. Muhammad Syahmi bin Mohamad dan Penolong Pegawai Geosains En. Mohd Razman bin Yusof.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor