Program ‘Iftar Kubra’

 Program ‘Iftar Kubra’
IPOH, 21 MAC – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) hari ini telah mengadakan program ‘Iftar Kubra’ bertempat di perkarangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Dalam program tersebut, seramai 65 orang anak yatim dan 11 orang pengiring dari Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor telah diraikan.
Ahli KSKPPM serta kakitangan PPM turut beramah mesra dan menyantuni anak-anak yang penuh berkat ini. Kedatangan Ahli Bersekutu KSK PPM turut menceriakan suasana dalam sama-sama meraikan anak-anak bertuah ini.
Antara pengisian dalam program tersebut ialah, bacaan tahlil arwah, berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib secara berjemaah, penyerahan cenderahati, penyerahan duit raya, dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan pihak pengurusan yayasan tersebut yang disampaikan oleh Dr. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral yang diringi oleh Yang Dipertua KSKPPM, En. Hamdan bin Yahya.
Program ini kemudiannya diteruskan dengan solat Isya' berjemaah, solat sunat Tarawikh berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Ahmad Puzi bin Muhamed.
Semoga program yang penuh makna seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.