TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL
IPOH, 13 Mac - Satu taklimat MS ISO 9001:2015 bagi Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) telah diadakan kepada ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM dan pegawai khidmat pelanggan PPM.
Taklimat ini bertujuan memberi maklumat dan input terkini mengenai perkhidmatan ujian batu dimensi dan ujian pemprosesan mineral di mana perkhidmatan ujian ini telah mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015.
Ini adalah kerana ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM dan Pegawai Khidmat Pelanggan merupakan barisan pertama yang akan bertemu dan mempromosikan perkhidmatan ini secara langsung kepada orang awam dan pihak industri yang berpotensi sebagai pelanggan bagi perkhidmatan ini.
Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh Ts. Zawawi bin Mahim dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) bagi perkhidmatan ujian batu dimensi manakala Ts. Costantine Joannes dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) telah menyampaikan taklimat berkenaan perkhidmatan ujian pemprosesan mineral.