AUDIT DALAMAN MS ISO/IEC 17025:2005 BIL.1/2018

AUDIT DALAMAN MS ISO/IEC 17025:2005 BIL.1/2018

KOTA KINABALU, SABAH (29 MAC 2018) : KHAMIS, Satu Audit Dalaman MS ISO/IEC 17025:2005 telah diadakan pada 27-28 Mac 2018 di Unit Perkhidmatan Makmal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah. Audit dalaman tersebut telah dijalankan oleh dua orang Pegawai Geosains dari Makmal Kimiabumi Cawangan Kuantan iaitu Pn. Hajah Rokiah Binti Abdullah selaku Ketua Auditor dan dibantu oleh En. Yusril A’mali Bin Mohd Yussof.

Audit dalaman ini adalah sebahagian daripada keperluan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) MS ISO/IEC 17025:2005. Sepanjang dua hari audit dijalankan beberapa teguran telah dilaporkan dan tindakan pembetulan akan diambil sebagai satu langkah penambahbaikan berterusan sistem kualiti tersebut. Secara keseluruhan didapati sistem kualiti Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah masih mematuhi semua keperluan di bawah SAMM MS ISO/IEC 17025:2005.

IA ISO17025 2018 2

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Unit Perkhidmatan Makmal, Tn. Haji Abdul Kadir Ahmad dan En. Morius Bantas selaku Pengurus Kualiti merangkap Pengurus Teknikal serta semua kakitangan makmal yang terlibat dalam menjayakan Audit Dalaman Bil.1/2018 kali ini. Semoga persijilan MS ISO/IEC 17025 ini akan berjaya dikekalkan pada tahun-tahun mendatang.

IA ISO17025 2018 3IA ISO17025 2018 4