Bengkel Permodelan Hidraulik

Johor Bahru, 22 Oktober 2013 - Satu bengkel permodelan hidraulik bagi kajian mengenalpasti potensi pasir di lepas pantai Negeri Melaka telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMG Johor. Bengkel ini dikendalikan oleh Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dengan kerjasama pihak JMG Johor.

Penceramah yang telah dijemput ialah En. Gao Hongmin iaitu Pengarah Urusan Offshore Weather Services Pte Ltd, sebuah syarikat perunding dari Singapura yang telah membuat kajian pemodelan hidraulik di lepas pantai Negeri Melaka. Peserta-peserta yang telibat dalam bengkel selama dua hari ini terdiri dari beberapa agensi seperti Jabatan Laut, Pusat Hidrografi Nasional, Yayasan Melaka dan dari JMG sendiri.

Terdapat enam tajuk kuliah yang telah disampaikan oleh En. Gao Hongmin antaranya ialah Dynamic Oceanography, Ocean Current, Numerical Current Model dan Modelling Result. Beliau juga telah menyampaikan hasil kajian beliau bagi pemodelan hidraulik di lepas pantai Negeri Melaka dan juga lepas pantai Negeri Sarawak.

Secara keselurahannya, bengkel ini berjalan dengan lancar. Penyampaian kuliah menggunakan model yang telah dilampirkan semasa sesi  kuliah dijalankan. Modul yang disediakan ini dapat membantu serta menjadi panduan dan rujukan kepada para peserta untuk lebih faham dengan jelas terhadap aspek apakah yang perlu diambil kira untuk memodelkan arus di lepas pantai sesuatu kawasan.