HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN HJ KAMIL DI JMG SABAH

HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN HJ KAMIL DI JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (18 OGOS 2017) : JUMAAT, Hari ini JMG Sabah kehilangan lagi seorang kakitangan yang dedikasi, bertanggungjawab dan merupakan idola kepada kakitangan yang lain. Tn. Hj. Kamil bin Kamarudin, nama diberi telah bertugas di JMG Sabah selama 36 tahun. Beliau bermula dengan jawatan Pembantu Kajibumi 17 dan dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun atas kerja yang baik ditunjukkan. Beliau bersara wajib di usia 56 tahun.

Beliau berkhidmat di JMG Sabah di Aktiviti Pemetaan Geologi. Beliau merupakan seorang yang mengambil berat tentang kebajikan rakan-rakan sekerjanya. Satu kehilangan besar bagi semua rakan-rakan sejawatnya khasnya JMG Sabah juga. Warga JMG Sabah mengucapkan selamat bersara dan semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Jasamu dikenang.

print trakhir hj kamil1