KUNJUNG HORMAT KE KOMPLEKS IMPORT EKSPORT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PELABUHAN PASIR GUDANG

KUNJUNG HORMAT KE KOMPLEKS IMPORT EKSPORT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PELABUHAN PASIR GUDANG

Johor Bahru, 20 September 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu lawatan kunjungan hormat ke Kompleks Import Eksport Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah dihadiri oleh Dr. Sia Say Gee (Timbalan Pengarah Sumber Mineral) selaku wakil Pengarah JMG Johor serta Encik Hairul Bin Mohamed Shaharudin (Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari) dan Encik Md Aris Bin Md Esa (Penolong Kanan Pegawai Geosains). Bagi pihak Kastam Pelabuhan Johor, Pasir Gudang pula di wakili oleh Encik Jaafar Bin Ali (Penolong Kanan Pengarah Kastam I), Puan Nurul Asni Binti Abdullah Sani (Penolong Pengarah Kastam). Dalam pertemuan ini terdapat beberapa isu yang di bincangkan antaranya ialah mengenai pengeskportan bahan-bahan mineral yang melalui Pelabuhan Johor, Pasir Gudang. 

Sumbangan artikel : FB jmgjohor