KUNJUNGAN HORMAT KE BAWAH DYMM SULTAN JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT KE BAWAH DYMM SULTAN JOHOR

Johor Bahru, 12 November 2020 - Baru-baru ini, Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Pengarah JMG Johor Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke bawah DYMM Sultan Johor. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Encik Yusari bin Basiran (Timbalan Pengarah Sumber Mineral) dan En. Mat Wadi bin Ab. Satar (Pegawai Geosains).

DYMM Sultan Johor meminta agar kerja-kerja berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi terus diperhebat. Aktiviti perlombongan dan pengkuarian mesti dikawal dan dipantau malah perlu dihadkan sekadar keperluan sahaja.

Selaku Ketua Jabatan Agensi Persekutuan, perlu wujudkan hubungan baik dengan kepimpinan Negeri agar setiap aktiviti atau projek yang dilaksanakan akan dapat memberikan manfaat yang optimum kepada rakyat.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah