Kursus Asas Pemetaan Geologi

Kursus Asas Pemetaan Geologi

28 & 29 Ogos 2023 (Isnin & Selasa)

Unit Geosains JMG Kelantan telah mengadakan Kursus Asas Pemetaan Geologi pada 28 dan 29 Ogos 20223 (Isnin & Selasa) bertempat di JMG Kelantan dan di lapangan (Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan).

Kursus yang dijalankan ini melibatkan semua Pembantu Geosains JMG Kelantan dan terbuka juga kepada semua kakitangan JMG Kelantan. Kuliah telah disampaikan oleh Dr. Dana AK Badang (Timbalan Pengarah Geosains) dan Cik Atilia binti Bashardin (Pegawai Geosains).

Peserta turut didedahkan kepada Pengenalan kepada Geologi, Mineral dan Batuan, teknik pemetaan dan pemetaan kepelbagaian geologi. Peserta juga berpeluang mengenalpasti jenis-jenis sampel batuan yang terdapat di JMG Kelantan. Akhir kuliah, semua peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan oleh penceramah.

Hari kedua kursus, peserta di bawa ke lapangan, iaitu di Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan untuk menjalani latihan amali. Semua peserta diberi pengenalan yang lebih jelas mengenai jenis batuan yang dijumpai di sekitar kawasan tersebut, dan diberi penerangan  tentang cara menggunakan kompas dan klinometer bagi merekodkan bacaan di lapangan. Aktiviti terakhir kursus, setiap kumpulan diminta membuat pembentangan hasil daripada amali yang telah dijalankan.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya menjalani kursus selama 2 hari dan semoga mendapat manfaat daripada ilmu yang diperolehi dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi ilmu kepada kakitangan JMG Kelantan. Semoga JMG Kelantan terus maju jaya.