LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE TAPAK BUKIT PAYONG, PARIT SULONG, BATU PAHAT

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE TAPAK BUKIT PAYONG, PARIT SULONG, BATU PAHAT

Parit Sulong, 23 September 2020 – Baru-baru ini, YBhg Datuk KP JMG Malaysia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja ke Bukit Payong di Parit Sulong, Batu Pahat bagi meninjau kawasan tersebut yang dicalonkan sebagai tapak warisan geologi kebangsaan. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo selaku Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan, pihak UKM, Yayasan Warisan Johor dan pegawai-pegawai daripada JMG Johor.

Program bermula dengan satu taklimat mengenai cadangan tapak pelupusan sampah yang dibentangkan oleh pihak Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dimana tapak yang dicalonkan berkemungkinan terletak di dalam perancangan pembinaan tapak pelupusan sampah. Setelah selesai sesi taklimat, pihak (JPSPN) telah membawa ke tapak pelupusan sampah dengan lebih dekat bagi meninjau kemajuan pembinaan tapak pelupusan yang tengah rancak dibangunkan di kawasan tersebut.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah