LAWATAN KE LOMBONG HONEST SAM DI CHAAH, JOHOR

LAWATAN KE LOMBONG HONEST SAM DI CHAAH, JOHOR

Chaah, 21 September 2023 - Baru-baru ini, Jawatankuasa Sumber Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan ke Lombong Honest Sam di Chaah, Johor. Seramai 20 orang ahli JKSM JMG telah terlibat dengan lawatan ini. Ahli terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia, semua Timbalan Pengarah Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia dan Ketua-ketua projek Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia. Mereka semua telah diberi taklimat dan lawatan mengenai kaedah melombong bawah tanah di sekitar lombong Honest Sam.