Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa

Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa
4 SEPTEMBER - Program PIN/CSR telah pun berjaya diadakan melalui lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa pada hari ini telah disertai oleh 20 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang terletak di Kupang, Kedah.
 
Selain beramah mesra dengan anak-anak yatim dan miskin di situ, Pengarah Kanan PPM, iaitu Dr. Nazwin binti Ahmad telah mewakili PPM bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pengerusi pertubuhan tersebut, iaitu En. Mohd Amzad bin Ismail dalam membantu beliau mengurus anak-anak yatim dan miskin di situ. Sumbangan ini adalah hasil dari kutipan seluruh kakitangan PPM.
 
Selain itu, pihak Kelab Kebajikan dan Sukan PPM (KSK PPM) turut menambahkan seri program tersebut dengan memberikan cenderahati kepada anak-anak yatim dan miskin yang juga disampaikan oleh Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad.