
KUALA LIPIS, 8 Mei 2025 – Seramai 13 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) bersama dua orang pelajar latihan industri telah mengadakan lawatan kerja ke Selinsing Gold Mine, Kuala Lipis, Pahang.
Lawatan ini merupakan kesinambungan kepada Bengkel Analisis Kandungan Emas yang diadakan sebelum ini dan bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai operasi perlombongan emas di peringkat industri. Peserta berpeluang menyaksikan keseluruhan proses, bermula daripada aktiviti perlombongan sehinggalah ke penghasilan produk akhir.
Bagi sebahagian peserta, ini merupakan pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki ke Selinsing Gold Mine – satu pengalaman yang amat bermakna dalam usaha meningkatkan pemahaman dan kemahiran teknikal berkaitan industri pemprosesan mineral.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JMG Pahang atas kerjasama dan memudahcara dalam menjayakan lawatan ini, serta kepada pihak Selinsing Gold Mine yang sudi menerima kunjungan kami dan berkongsi ilmu serta pengalaman berharga.