LAWATAN PENYELIA LATIHAN INDUSTRI UTP

LAWATAN PENYELIA LATIHAN INDUSTRI UTP

KOTA KINABALU, SABAH (10 APRIL 2019) : RABU, Satu lawatan oleh penyelia latihan industri dari UTP telah diadakan di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat Tiga, Blok Jesselton, JMG Sabah pada petang ini 10 April 2019 pukul 2.00 petang.

Dalam lawatan ini juga, satu pembentangan mini projek oleh pelajar Ahmad Hazwan bin Sanudin. Projek beliau bertajuk “FaciesAnalysis & Groundwater Potential in Crocker Formation, Sabah”. Penyelia dari UTP tersebut adalah En. Mohamed Zamrud bin Zainal. Dua orang pegawai JMG Sabah turut hadir dalam pembentangan projek pelajar latihan industri dari UTP. Mereka adalah Pn. Jayawati Fanillah dan En. Daulip @ Dee Dee bin Lakkui

Tujuan lawatan ini adalah bagi menilai kemajuan kerja dan latihan industri serta menilai hasil projek dan pembentangan (oralpresentation evaluation).

Sumber maklumat dan foto : Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi