LAWATAN ROMBONGAN PELAJAR SMK AGAMA TUN AHMAD SHAH KE JMG SABAH

LAWATAN ROMBONGAN PELAJAR SMK AGAMA TUN AHMAD SHAH KE JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (31 JANUARI 2020): JUMAAT, Satu lawatan sambil belajar dari SMK Agama Tun Amad Shah ke JMG Sabah pada pagi ini 31 Januari 2020 bersamaan hari Jumaat.

Seramai 35 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring yang terlibat semasa program lawatan berkenaan. Ketua rombongan pelajar ialah Cikgu Nurijam Binti IIma. Pihak JMG Sabah pula diwakili oleh dua orang pegawai iaitu En. Fredolin Javino dan En. Mazuan Bin Roslan serta dibantu oleh dua orang kakitangan sokongan iaitu En. Nickolas Sindam (Penolong Pegawai Geosains) dan En. Kassim Jusrin (Pembantu Geosains).

Sesi taklimat berkaitan JMG Sabah telah disampaikan oleh En. Mazuan Bin Roslan dan sedikit perkongsian juga daripada En. Fredolin Javino selaku Ketua Aktiviti Alam Sekitar. Manakala taklimat ringkas berkaitan makmal JMG Sabah telah dikendalikan oleh En. Khairun Nassir Bin Moktar dan dibantu oleh Pn. Junidah Manggam.

Setelah selesai sesi taklimat tersebut, para pelajar dan guru dibawa melawat ke Makmal JMG Sabah dan Muzium JMG Sabah. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi mengambil foto kenangan di foyer JMG Sabah.

Berikut Objektif Lawatan dan Tentatif Program :

OBJEKTIF LAWATAN
i. Mendapatkan maklumat terkini dan mendedahkan pelajar mengenai perkembangan bidang mineral dan geosains,
ii. Melaksanakan projek subjek Bahasa Inggeris bertemakan sains dan teknologi
iii. Melawat Muzium JMG Sabah

TENTATIF PROGRAM
9.30 pagi : Ketibaan Pelajar SMA Tun Ahmadshah
9.35 pagi : Sesi Taklimat berkaitan JMG Sabah oleh En. Mazuan Bin Roslan
10.15 pagi : sesi soal jawab dikendalikan oleh En. Fredolin
10.20 pagi : Lawatan ke Makmal JMG Sabah dikendalikan oleh En. Khairun Nassir Bin
Moktar dan Pn. Junidah Manggam
10.45 pagi : Lawatan ke Muzium JMG Sabah
11.00 pagi : Sesi bergambar

Sumber maklumat dan foto : En. Mazuan bin Roslan