LAWATAN TEKNIKAL DAN PERBINCANGAN PROJEK DI PUSAT PENGAJIAN SAINS GIGI USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN

Pada 8 Mei 2012, Seksyen Teknologi Bahan Termaju (STBT) telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan dengan Pusat Pengajian Sains Gigi USM, Kuban Kerian. Tujuan lawatan ini adalah untuk mencari peluang dan ruang bekerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan penghasilan kaca seramik ingot gigi dan bahan pengisi gigi. Juga untuk perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bahanbio untuk aplikasi gigi palsu (denture) dan bahan pengisi gigi denganpakar-pakar dalam bidang yang berkaitan yang terdapat di PPSG USM, Kubang Kerian.

Oleh kerana bidang ini merupakan sesuatu yang baru bagi pegawai-pegawai penyelidik di PPM, nasihat kepakaran dari PPSG diperlukan. Disamping itu, STBT mengambil inisiatif untuk memperkenalkan lagi fungsi dan peranan PPM dalam bidang penyelidikan bahanbio untuk aplikasi gigi palsu (denture) dan bahan pengisi gigi.

1

2