LIBAT URUS JPA-KATS-JMG BAGI PELAKSANAAN LALUAN KERJAYA SME

LIBAT URUS JPA-KATS-JMG BAGI PELAKSANAAN LALUAN KERJAYA SME

SEREMBAN, 16 Oktober 2019:  Pada hari ini telah diadakan Program Libat Urus JPA-KATS-JMG bagi laluan kerjaya Pakar Bidang Khusus (SME). Libat Urus ini bertujuan memberi penerangan serta penyediaan dokumen SME untuk dibentangkan.

Seramai lebih kurang 25 orang pegawai yang terpilih mengikut bidang kepakaran telah dipanggil untuk program ini. JPA Supreme telah diwakili oleh En. Zaimy (Timbalan Pengarah) dan En. Ghani dan Pn. Izatul manakala KATS pula diwakili oleh Pn. Munirah.

Libat Urus diadakan di Palm Hotel Seremban. Ketua Pengarah JMG, Dato' Shahar Efendi Abdullah Azizi sempat meluangkan masa melihat perjalanan program pada 17 Oktober 2019.

Program berakhir pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/libat-urus#sigProId838a310ed0