MAJLIS MAKAM MALAM PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

MAJLIS MAKAM MALAM PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH EN. MOHD. YUSOP BIN RAMLI

KOTA KINABALU, SABAH (16 OGOS 2019): JUMAAT, Satu majlis makan malam meraihkan persaraan Pengarah En. Mohd. Yusop bin Ramli telah diadakan di Hotel Shangrila Kota Kinabalu sekitar pukul 7.00 malam.

Seramai 30 orang kakitangan JMG Sabah turut hadir dalam majlis ini. Majlis ini telah dikelolakan oleh Dr. Morius Bantas. Walaupun ramai antara kakitangan JMG Sabah tidak dapat hadirkan diri atas sebab kekangan masa dan berada di luar kawasan, namun sambutan malam ini agak meriah dengan kehadiran beberapa orang kakitangan JMG Sabah.

Majlis ini diadakan bagi menghargai segala tugas-tugas dan pimpinan tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop Ramli. Antara yang menjayakan majlis makan malam ini adalah kakitangan Unit Pengurusan Maklumat dan kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal. Juga beberapa wakil-wakil daripada Unit dan Aktiviti yang ada di JMG Sabah.

Dalam majlis ini juga isteri dan anak-anak beliau turut serta. Selain majlis makan malam juga ada penyampaian beberapa cenderakenangan dan acara potong kek sempena hari ulangtahun En. Mohd. Yusop yang ke 60 tahun. Acara menarik malam ini adalah acara sarung cincin daripada isteri beliau yang merupakan wakil JMG Sabah untuk menyarungkan cincin hadiah pemberian warga JMG Sabah. Majlis juga diiringi dengan dendangan lagu daripada kakitangan yang hadir pada malam ini. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Menggatal yang kini dikenali SMK Bandaraya dan meneruskan pengajian beliau dalam bidang Geologi di UKM Kampus Sabah.

Syabas buat Dr. Morius dan En. Eddie Affandy atas jayanya majlis makan malam persaraan En. Mohd. Yusop sebagai Pengarah JMG Sabah.

Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee, En. Morius Bantas, En. Paulus Godwin dan Penulis