MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA PUSAT JAGAAN KASIH SETANGGI, KG SETANGGI JOHOR BAHRU

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA PUSAT JAGAAN KASIH SETANGGI, KG SETANGGI JOHOR BAHRU

Tarikh : 2 Jun 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Jagaan Kasih Setanggi, Kampung Setanggi.

Program ini telah diadakan dengan penglibatan kakitangan JMG Johor bersama Tuan Timbalan Pengarah Hj Noorazhar bin Ngatimin. Majlis dimulai dengan ucapan dari Timbalan Pengarah JMG Johor dan seterusnya oleh Pengusaha Pusat Jagaan Kasih, Puan Juhaida Maskom. Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf. Disamping sumbangan barang-barang keperluan asas dan sedikit sumbangan kewangan, kakitangan JMG Johor juga sempat meluangkan sedikit masa beramah mesra dengan anak-anak di rumah jagaan tersebut.


Program ini diadakan untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang, keprihatinan dan meringankan bebanan hidup kepada golongan yang memerlukan. Di samping itu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.


Pusat Jagaan Kasih Setanggi dikendalikan oleh 2 orang guru serta 5 orang penjaga yang dipanggil ukhti oleh anak-anak syurga ini.