MAJLIS PERASMIAN BILIK MESYUARAT GNSS, JMG SABAH

MAJLIS PERASMIAN BILIK MESYUARAT GNSS, JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (23 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu majlis perasmian bilik mesyuarat GNSS telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin pada hari ini 23 Januari 2020 bersamaan hari Khamis di Bangunan Blok Jesselton Tingkat 2, JMG Sabah sekitar pukul 1200 tengahari.

Majlis dimulakan dengan acara potong riben yang disempurnakan oleh Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin dan diikuti dengan kata aluan daripada Dr. Frederick F Tating selaku Ketua GeoEngineering. Seterusnya paparan tayangan pergerakkan sesar aktif dan cara penggunaan alat-alat kajian tersebut.

Selesai saja penerangan sedikit daripada Dr. Frederick maka dengan itu, rasmilah bilik mesyuarat tersebut dan boleh digunakan apabila ada mesyuarat bersama dengan syarikat atau agensi luar yang berkaitan.

Sumber maklumat : Penulis
Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Tahar