Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Air Bawah Tanah Surau An-Nur, Kampung Sawah Laku, Bukit Kepong, Muar, Johor

Muar, 2 Disember 2013 - Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Air Bawah Tanah telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj. Ismail bin Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Serampang Merangkap EXCO Pertanian dan Industri AsasTani Johor. Majlis Perasmian ini telah dihadiri oleh Dato’ Yunus bin Abdul Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia), Tn. Hj. Hatta bin Abdul Karim (TKP KEM) dan Penghulu Mukim Bukit Kepong sebagai dif kehormat. Manakala Timbalan Pengarah Geosains JMG Johor, En. Nizarulikram Abdul Rahim telah mewakili Pengarah JMG Johor di majlis berkenaan.

Acara persiapan telah dimulakan pada 1 Disember 2013. Pada jam 12.00 tengahari, semua kakitangan JMG Johor telah tiba untuk meninjau tempat perasmian dan menyusun barang-barang. Ini dikuti dengan membungkus goodies pada sebelah malam. Seawal jam 7.00 pagi 2 Disember 2013, semua kakitangan JMG Johor memuatkan barang-barang ke dalam kenderaan Jabatan dan bertolak daripada Inap Desa Felcra Bukit Kepong ke Surau An-Nur Kampung Sawah Laku untuk majlis perasmian. Majlis Perasmian dimulakan jam 11.00pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.