MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2019 ANJURAN UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2019 ANJURAN UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL

KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, Unit Perkhidmatan Makmal, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah menganjurkan majlis Perhimpunan Bulanan bagi bilangan 2 tahun 2019 di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada pagi ini.

Seperti setiap bulan, majlis perhimpunan akan dimulakan dengan bacaan doa, pembaca doa kali ini adalah En. Ruddey dari Unit Perkhidmatan Makmal juga, diikuti dengan nyanyian lagu-lagu rasmi iaitu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Perkhidmatan Awam. Majlis diteruskankan dengan taklimat daripada Pn. Jenneth, taklimat yang disampaikan oleh beliau berbentuk perkongsian pengalaman beliau semasa diberikan peluang mengikuti bengkel Web-Mineral di Japan dan Laos.

Dalam Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini juga ada menyentuh berkaitan dengan integriti perkhidmatan awam. Sedikit taklimat berkaitan integriti dan rasuah telah disampaikan oleh Timabalan Pengarah Geosains En. Paulius Godwin.

Perkara yang penting dalam setiap perhimpunan bulanan adalah perutusan daripada Pengarah JMG Sabah, En. Mohd. Yusop bin Ramli. Banyak info-info yang disampaikan oleh beliau terutamanya kedudukan kewangan JMG Sabah dan info terbaru pelaksanaan WBF (Waktu Bekerja Flexi) yang akan bermula pada 1hb Mac 2019.

Sebelum majlis berakhir, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil tamat latihan industri kepada dua orang pelajar Kolej AiTC Kota Kinabalu dalam bidang pengurusan pejabat. Mereka adalah adik Arron dan adik Fernandez, JMG Sabah ucapkan syabas kerana menamatkan latihan industri di Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Sabah.

Majlis diakhiri dengan pengumuman-pengumuman bebas dari mana-mana unit, aktiviti atau kelab. Dalam kesempatan ini En. Jaineh selaku Presiden KEMG memaklumkan kepada semua bahawa satu majlis makan malam amal akan dilaksanakan. Begitu juga En. Morius mengambil kesempatan memaklumkan berkaitan makan malam bersama Timbalan Pengarah Tn. Hj. Abdul Kadir yang akan bersara tak lama lagi.

Sumber Maklumat : Penulis
Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Tahar