MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 03 Mac 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nurun Niswa binti Samsol Bari diikuti dengan bacaan doa oleh En. Aidil Hamka bin Ithnin dan bacaan ikrar oleh En. Muhammad Shazwan Zainie bin Jainal. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin. Majlis diteruskan dengan Taklimat; Penerangan Program Kebajikan Maksak Malaysia 2024 & Manfaat Khas untuk semua Penjawat Awam dengan Usahasama Maksak Malaysia (Jabatan Perdana Menteri Malaysia) dan penceramah En. Hashrol bin Junaidi bersama Pn. Raihana binti Affandi. 
Selepas itu Majlis diteruskan dengan slot perkongsian ilmu "Rakan AKRAB" oleh Pn. Arda Anasha binti Jamil dan seterusnya Majlis Perpisahan TPGS En. Khairul Zaman ke JMG Ibupejabat.Akhir majlis adalah agenda kelab KSKK JMG Johor yang di pengerusikan oleh En. Muhammad Amirul bin Ma'arof. Antara agenda KSKK adalah sambutan kelahiran Januari - Mac dan sumbangan anak-anak yang menduduki SPM 2023.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor