MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERSARAAN EN. KAMAL AZLAN BIN JUSOH

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERSARAAN EN. KAMAL AZLAN BIN JUSOH

SHAH ALAM, Jumaat, 06 September 2019 - JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 09/2019 dan  Majlis Persaraan En. Kamal Azlan bin Jusoh, Pembantu Geosains Gred C26. Beliau yang mula berkhidmat di Jabatan Galian Malaysia pada tahun 1980, telah menabur bakti selama 38 tahun sebelum bersara pada hari ini, di JMGSWP. Semoga En. Kamal sentiasa sihat dan terus menyumbang melalui pengalaman luas beliau dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak. Ucapan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya dari pengarah serta keseluruhan warga JMGSWP.