MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERSARAAN EN.ANTHONY LEE

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERSARAAN EN.ANTHONY LEE

KOTA KINABALU, SABAH (30 OKTOBERER 2019): RABU, Seperti kebiasaannya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan. Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.10/2019 kali ini dikelolakan oleh Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah. Majlis ini diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 9.00 pagi pada hari ini.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Ruddey diikuti dengan nyanyian tiga buah lagu wajib Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu Malaysia Bersih. Majlis seterusnya dilanjutkan dengan sesi memperkenalkan diri oleh dua orang pegawai yang baru melaporkan diri di JMG Sabah iaitu En. Harry Jenyrius Majin yang sebelum ini bertugas di JMG Selangor dan En. Adrian Anik yang sebelum ini bertugas di JMG Pahang. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat berkaitan tentang Karnival Kimia Malaysia yang disampaikan oleh En. Khairun Nasir (Penolong Pengarah Kanan Unit Perkhidmatan Makmal) dan seterusnya diikuti dengan perutusan oleh Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin.


Pada majlis perhimpunan bulanan kali ini juga telah diadakan Majlis Persaraan En. Anthony Lee, Pemandu Kenderaan Gred H11. Beliau yang akan bersara wajib pada 11 November 2019 telah berkhidmat selama 34 tahun di JMG Sabah. Semoga beliau sentiasa sihat dan terus menyumbang melalui pengalaman luas beliau dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak. Ucapan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya dari pengarah serta keseluruhan warga JMG Sabah.


Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan.

Sumber Maklumat: Penulis

Sumber Foto: En. Jeli Pog