MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2020 DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2020 DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI

Johor Bahru, 21 Jun 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2020 dan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd Wahid dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri yang dipengerusikan oleh Pn. Noraini bt. Basiri dan seterusnya penyampaian sumbangan dari Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor untuk kakitangan atau keluarga yang warded di Hospital. Kemudian sambutan hari lahir bagi bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei dan Jun telah diraikan bersama-sama kakitangan yang menyambut. Majlis disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada pegawai yang diraikan.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah