MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2019, TAZKIRAH RAMADHAN DAN PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2019, TAZKIRAH RAMADHAN DAN PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Johor Bahru, 27 Mei 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Tazkirah Ramadhan dan Pembentangan Pelajar Industri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah En. Noorazhar b. Ngatimin diikuti dengan perutusan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis bersambung lagi dengan Tazkirah Ramadhan sempena bulan ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zulhelmi dari Ibnu Kathir S/B. Selepas itu, satu sesi pembentangan dan persembahan oleh pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan industri iaitu Cik Raihana Amira bt. Ramli telah ditempatkan di Unit Geosains dibawah seliaan En. Mohd Fauzi bin Rajimin@Jeman. Tujuan latihan industri ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar di JMG Johor termasuk kerja lapangan seperti aktiviti hidrogeologi, pemetaan geologi dan geologi kejuruteraan.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah