Majlis Perhimpunan Bulanan Ogos dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013

Johor Bahru – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 telah  diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Ogos pada 27 Ogos 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza JMG Johor. Mailis ini  dimulakan selepas berakhirnya Perhimpunan Bulanan. Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah bermurah hati untuk memberi duit raya kepada semua kakitangan, Acara berselawat  beramai-ramai mengakhiri majlis sambutan hari raya ini dan seterusnya semua warga JMG Johor menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.