Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Hari Inovasi 2013

11-12 Disember 2013, Majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi telah diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Sembilan Dan Melaka.Majlis tersebut telah berlangsung selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti iaitu pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovasi (KIK), persembahan koir, jemputan luar dari Geo-solution Resources Sdn. Bhd. dan Penyampaian Anugerah Pekerja Terpilih 2013 dengan slogan 'Budaya Inovasi Pemacu Transformasi Tekini'.

Majlis amat meriah sekali dengan penglibatan Kumpulan KIK dari setiap unit jabatan dengan mempersembahankan projek KIK masing-masing.KIK yang terlibat iaitu Mesra (Unit Pentadbiran), SAY 'YA' (Unit It), Little Nellie (unit Geosains), Armour Rock (Unit Lombong dan Kuari) dan SuMinGeo (Unit Sumber Mineral).Keputusan pertandingan KIK telah dimenangi oleh Kumpulan SAY 'YA" dengan Projek SY13 iaitu paparan tambahan pada monitor komputer.

Pengerusi inovasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang terlibat menjayakan program inovasi pada tahun 2013.Penyertaan semua pihak amatlah dihargai dan sokongan kakitangan JMG NSM adalah yang terbaik.