MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGARAH JMGSWP, ENCIK NICHOLAS JACOB

MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGARAH JMGSWP, ENCIK NICHOLAS JACOB

Pada hari Jumaat bersamaan 04 Disember 2020, JMG Selangor/W. Persekutuan telah meraikan persaraan tuan pengarah negeri, Encik Nicholas Jacob. Walaupun kembalinya beliau untuk berkhidmat di JMGSWP kurang daripada 3 tahun selaku Timbalan Pengarah Geosains dan Pengarah Negeri, namun persaraan beliau amat dirasai dan akan dirindui oleh keseluruhan warga jabatan. Ini terbukti dengan jumlah hadiah dan cenderahati yang diterima oleh beliau, bukan hanya daripada unit-unit jabatan, malah daripada individu warga jabatan serta daripada bekas-bekas pelajar yang pernah menjalani program latihan industri di JMGSWP.

Selama perkhidmatan singkat beliau di sini, beliau telah membimbing warga JMGSWP dengan sikap lemah lembut, sabar, prihatin dan sentiasa menghormati dan dihormati oleh semua lapisan warga jabatan. Syabas, kami warga JMGSWP ucapkan dan mendoakan semoga Tuan Nicholas Jacob berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih tuan dan jasamu akan kami kenang.