MAJLIS RASMI PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH JMG SABAH TN. HJ. ABDUL KADIR BIN AHMAD

MAJLIS RASMI PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH JMG SABAH TN. HJ. ABDUL KADIR BIN AHMAD

KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah kerjasama Unit Perkhidmatan Makmal, KEMG SABAH dan BKKI SABAH telah menganjurkan majlis Persaraan Timbalan Pengarah JMG Sabah iaitu Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada jam 11.00 pagi ini.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan-ucapan daripada Pengarah En. Mohd. Yusop bin Ramli, Presiden KEMG En. Jaineh Lingi, Wakil Presiden BKKI En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee dan wakil Unit Perkhidmatan Makmal En. Morius Bantas. Dalam majlis ini juga Timbalan Pengarah Tn. Hj. Abdul Kadir yang akan bersara diberikan peluang untuk berucap.

Dalam ucapan beliau ini merupakan kali kedua dia membuat ucapan perpisahan dengan warga JMG Sabah. Sebelum ini, beliau juga pernah bertugas di JMG Sabah sebelum ditukarkan ke BPT, Ipoh dan kembali ke JMG Sabah. Kali ini merupakan ucapan terakhir kerana beliau akan bersara dan bukan lagi bertukar. Dalam ucapan pengarah juga banyak menyentuh hati semua warga JMG Sabah. Majlis diteruskan dengan penyampaian beberapa cenderakenangan daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan, KEMG JMG Sabah, BKKI JMG Sabah dan pemberian peribadi daripada KUPM Sabah En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee.

Manakala cenderakenangan daripada Unit Perkhidmatan Makmal akan diserahkan pada makan malam perpisahan dan persaraan kelak. Sebelum majlis berakhir sesi abadikan foto kenangan-kenangan telah diambil. Seluruh warga JMG Sabah akan mengenang segala sumbangan bakti, keperihatinan dan segala kebaikan Timbalan Pengarah Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad. Seluruh warga JMG Sabah mengucapkan Selamat Bersara buat Tn. Hj. Abdul Kadir, dan mendoakan Tuan Haji akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan selamat menikmati usia persaraan.


Sumber Maklumat : Penulis
Sumber Foto : En. Abdul Arif bin Tahar