Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M

Johor Bahru, 14 Januari 2014 – Pada hari Selasa bersamaan 12 Rabiulawal 1435H telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M di Masjid Sultan Abu Bakar.  Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi bersama beberapa staf JMG Johor telah turut serta dalam majlis perarakan sempena sambutan tersebut. Perarakan telah dimulakan dari Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan ke Masjid Sultan Abu Bakar melalui jalan-jalan Bandaraya.  Majlis sambutan diserikan lagi dengan keberangkatan tiba YAM Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.