MESYUARAT AGUNG KSSK JMG JOHOR KALI KE-17

MESYUARAT AGUNG KSSK JMG JOHOR KALI KE-17

Johor Bahru, 27 September 2020 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor (KSSK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-17 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Mesyuarat telah dimulai dengan ucapan daripada pengerusi majlis oleh setiausaha kelab Pn. Noraini bt. Basiri dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Kelab Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah. Selepas itu, mesyuarat diteruskan dengan perkara berbangkit daripada Mesyuarat Agung ke-16 yg lalu disusuli dengan pembentangan oleh setiausaha kelab berkenaan laporan tahunan kelab, laporan akaun teraudit dan penyata akaun bagi tahun berakhir 31 Julai 2020. 

Majlis bersambung dengan pembubaran AJK sesi 2019/2020 dan perlantikan AJK sesi 2020/2022 yang dipilih melalui google forms. Perbincangan usul dan hal-hal lain telah dibuat setelah AJK baru dipilh dan seterusnya ucapan penangguhan daripada Yang Dipertua kelab.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah