MESYUARAT AGUNG PUSPANITA JMG KE -13

Mesyuarat Agung PUSPANITA JMG yang ke-13 telah diadakan dengan jayanya pada 27 Mac 2013 di Bilik Nilam, Lantai 22, JMG Ibu Pejabat bermula 8.30 pagi.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA JMG ke-13 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammed Hatta bin Abd Karim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JMG.

Mesyuarat agung telah dimulakan sebaik sahaja majlis perasmian selesai. Pengerusi PUSPANITA JMG, YBhg. Datin Na’imah telah melantik Puan Habibah bt. Tahir untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan ditangguhkan pada pukul 11.50 pagi.

Mesyuarat Agung kali ini amat meriah dan ada kelainan kerana semua ahli diminta berpakaian ikut tema iaitu ‘polka dot’. Selain itu, banyak hadiah lumayan dan menarik telah disediakan untuk pelbagai acara selingan selepas mesyuarat. Antara acara selingan adalah Teka berat buah, Teka Teki Tekuk dan juga pertandingan Pakaian Tema Tercantik yang merupakan acara kemuncak majlis tersebut.

Teka Berat Buah telah dimenangi oleh Puan Arbiah bt. Musirin. Acara Teka Teki Tekuk telah dikendalikan oleh Puan Nahariah bt. Abdullah Sani di mana sebanyak 8 hadiah telah diberikan kepada pemenang bertuah. Walaupun Puan Nahariah telah bersara daripada perkhidmatan awam namun beliau masih bergiat aktif dalam PUSPANITA kerana beliau merupakan seorang ahli PUSPANITA seumur hidup. Pakaian tema tercantik telah dimenangi oleh Cik Rusmini bt Mat Lazim (tempat ketiga), Puan Hajiah bt. Moslini (tempat kedua) dan juara bagi pakaian tema tercantik adalah Cik Vijaya Rani Naidu a/p Perumal Naidu.

Selepas acara selingan, semua ahli dijemput menjamu selera makan tengahari yang disediakan sambil dihibur dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh Biro ICT dan Penerbitan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA JMG yang telah sudi menghadiri mesyuarat agung kali ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nahariah kerana masih sudi untuk menyertai aktiviti PUSPANITA JMG.