MESYUARAT JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA PERPUSTAKAAN JMG SABAH

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA PERPUSTAKAAN JMG SABAH

KOTA KINABALU (26 APRIL 2018) : KHAMIS, satu mesyuarat Jawatankuasa bagi projek kerja-kerja memindahkan perpustakaan di tingkat 3 ke tingkat bawah dan kerja-kerja menaiktaraf aktiviti-aktiviti perpustakaan serta lain-lain kerja yang berkaitan di blok jesselton, JMG Sabah bil.2/2018 telah diadakan pada 26 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Chromite, tingkat 3, JMG Sabah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) disamping Setiausaha Puan Suriani bt. Ramlee (Pembantu Pustakawan).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli iaitu Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah), Encik Jeffery Paping (PPT), Pn. Margaret Stephen Mozimin (Penolong Juruukur), Pn. Besty J. Adim (Penolong Juruukur), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains) dan Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan). Manakala En. Morius Bantas tidak dapat hadir kerana sedang bertugas rasmi di luar pejabat.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelan cadangan dan spesifikasi bagi penyediaan dokumen sebutharga tersebut.

1pic