MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL LAMAN WEB (JKTLW) BIL. 1/2019

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL LAMAN WEB (JKTLW) BIL. 1/2019

KUCHING, SARAWAK (12 FEBRUARI 2019) : SELASA, Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web (JKTLW) bil. 1/2019 telah diadakan di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak pada 12 Februari 2019 jam 8.30 malam.

Jawatankuasa mesyuarat ini merupakan salah satu program mesyuarat pengurusan maklumat anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan perancangan perjalanan dan perancangan bagi tahun 2019 dan melaporkan perjalanan dan perkembangan laman web JMG Sabah pada tahun 2018. Dalam mesyuarat ini juga JMG Sabah mendapat pujian di mana merupakan penyumbang blog yang aktif antara semua JMG. Turut hadir dalam mesyuarat ini mewakili JMG Sabah, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), JMG Sabah.

Sumber Maklumat dan Foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee