Mesyuarat Kumpulan Kerja REE, Th Dan Sc Bil. 2/2019

Mesyuarat Kumpulan Kerja REE, Th Dan Sc Bil. 2/2019
KUNDASANG, 12 November 2019: Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Kumpulan Kerja Rare Earth Element (REE), Thorium dan Scandium Bil 2/2019, yang diadakan di Celyn Resort, Kundasang, Sabah.

Mesyuarat bertujuan membincangkan status terkini projek REE, Th dan Sc. Mesyuarat telah dirasmikan oleh En. Cleofus Totu selaku tuan rumah (JMG Sabah) dan dipengerusikan oleh En. Abdul Hadi Abdul Rahman selaku Ketua Projek REE, Th dan Sc. Turut sama adalah Pengarah PPO En. Abdul Rahim Harun.

Pada 13 November, ahli-ahli akan dibawa kelapangan berdekatan. manakala pada 14 November pula ahli-ahli mesyuarat akan kembali ke meja mesyuarat untuk membincangkan mengenai penulisan laporan projek.