MESYUARAT PEMBANGUNAN JMG SABAH BIL 1/2021

MESYUARAT PEMBANGUNAN JMG SABAH BIL 1/2021

KOTA KINABALU, SABAH (23 FEBRUARI 2021): SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Bil. 1/2021 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JMG Sabah, En. Jontih Enggihon dan setiausaha En. Azizan Anak Juhin. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah dan semua Ketua-Ketua Aktiviti.

Antara mereka yang hadir ialah Dr. Frederick Tating (Timbalan Pengarah Geosains), En. Webster Wong Vui Chung (Timbalan Pengarah Sumber Mineral), Dr. Morius Bantas (Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal), En. Aidil Arnolous Rema (Menanggung Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari), En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Pn. Jenneth Cyril (Ketua Aktiviti Geologi Warisan), En. Daulip Lakkui (Ketua Aktiviti Arang Batu), En. Jaineh Lingi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains Hidrogeologi), Pn. Jayawati Fanillah Sahih Montoi (Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian), En. Cleafos Totu (Ketua Aktiviti Mineral Berlogam), En. Bailon Golutin (Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan), En. Goh Khean Siong (Pegawai Geosains Geologi Kejuruteraan), Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat). Seramai 14 orang pegawai menyertai mesyuarat ini secara online.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan projek bagi tahun ini. Mesyuarat berakhir sekitar pukul 12.00 tengahari.

 

Sumber Maklumat dan Sumber foto : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee

Sumber Penulisan : Penulis