PEMANTAUAN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PEMANTAUAN KERJA-KERJA LETUPAN BAGI PEMBINAAN JALAN PAN BORNEO

PENAMPANG, SABAH (3 DISEMBER 2020) KHAMIS: Lawatan pemantauan kerja-kerja letupan bagi pembinaan jalan raya Pan Borneo telah dibuat pada 3 Disember 2020 di kawasan Penampang, letupan telah dibuat pada jam 11.00 pagi yang di saksikan oleh, En. Arthur Leo(Pembantu Geosains Kanan) dan En. Mohd Azrol Mohd Hanaffi (Pembantu Operasi) adalah kakitangan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah.

Pemantauan kerja-kerja letupan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan rekod kadar kekuatan bunyi letupan serta gegaran di kawasan sekitarnya. Jarak bacaan rekod diambil dari jarak 230+- Meter dan tidak ada rekod bacaan selepas letupan dilakukan.

 

Sumber Foto: En. Arthur Leo Intiang

Sumber Maklumat dan penulisan: En.Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi