PEMANTAUAN KERJA-KERJA PELETUPAN OLEH UNIT LOMBONG DAN KUARI JMG SABAH DI TAPAK PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO CHAINAGE 3, KAMPUNG MOOK, KINARUT

PEMANTAUAN KERJA-KERJA PELETUPAN OLEH UNIT LOMBONG DAN KUARI JMG SABAH DI TAPAK PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO CHAINAGE 3, KAMPUNG MOOK, KINARUT

KINARUT, SABAH (07 MAC 2019) : KHAMIS, ): Kampung Mook, Kinarut. Pemantauan Kerja - kerja letupan oleh Unit Pembangunan Lombong & Kuari JMG Sabah di Tapak Projek Lebuhraya Pan Borneo Chainage 3, Kampung Mook. Kinarut. Kerja Letupan oleh M&L Rock Product Sdn. Bhd.

Lawatan pemantauan ini telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Geosains Kanan, YM Tengku Zainal Abidin Bin Raja Jaafar dan dibantu oleh Pembantu Galian Kanan Encik Arthur Leo Intiang. Kerja Letupan Terkawal (Control Blasting bagi memecahkan bongkah batuan untuk pembinaan jalanraya Pan Borneo.

Turut berada di tapak kerja ialah Puan Inspektor Ruzlah. Pembedil Encik Liau Mun Loong juga berada sepanjang kerja "charging". Jumlah lubang letupan ialah sebanyak 40 lubang, Jarak penempatan dan berkepentingan awam terdekat berada di luar radius 500 meter iaitu Kampung Mook, Kinarut dan SMK Limau Limauan. Peletupan dijalankan pada jam 11.08 minit pagi. Dan penduduk telah diberikan amaran siren bebrapa minit sebelum kerja letupan dijalankan.

Tiada aduan bunyi (airblast) dan tahap gegaran adalah dibawah paras had yang dibenarkan. Hasil kerja letupan memuaskan.

Sumber maklumat, foto dan penulisan : En. Arthur Leo