PEMANTAUAN KERJA LETUPAN DI ANGCO KUARI SDN. BHD.

PEMANTAUAN KERJA LETUPAN DI ANGCO KUARI SDN. BHD.

TUARAN, SABAH (10 APRIL 2018) : SELASA, satu aktiviti peletupan telah dijalankan bertempat di sebuah kuari di Kg. Musong Kindu, Tuaran oleh pihak Angco Quarry (KK) Sdn. Bhd. Dua orang pegawai dari JMG Sabah ditugaskan hadir di lokasi tersebut bagi menjalankan kerja memantau pelaksanaan kerja peletupan tersebut. Mereka yang terlibat dalam memantau kerja-kerja peletupan ini adalah En. Arthur Leo (Pembantu Geosains C22) dan En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi (Pembantu Operasi).

Tujuan utama pemantauan dilaksanakan adalah bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kuari tersebut mematuhi syarat-syarat yang dikenakan selain memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutama kepada pihak awam. Pihak jabatan juga mengambil serius dan sentiasa komited bagi memastikan sebarang pembangunan terutama yang melibatkan keselamatan orang awam dan alam sekitar sentiasa terpelihara.

kuari1

Bentuk mukabumi yang telah berubah

kuari2

Batu-batu yang telah diletupkan

kuari3Kawasan yang diletupkan