PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Johor Bahru, 21 Ogos 2018 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 2 bulan telah diadakan di JMG Johor baru-baru ini. Pelajar itu, Cik Dharshini Devi Nair A/P K.Pavithran telah ditempatkan di Unit Geosains dibawah seliaan En. Mohd Fauzi bin Rajimin@Jeman. Tujuan latihan industri ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar di JMG Johor termasuk kerja lapangan seperti aktiviti hidrogeologi, pemetaan geologi dan geologi kejuruteraan.

Sesi pembentangan itu, telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JMG Johor. Diharap Cik Dharshini dapat menimba pengalaman dan ilmu yang diberikan semasa dalam tempoh latihan disini dan warga JMG Johor mendoakan agar Cik Dharshini berjaya apabila telah tamat belajar nanti.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah