PENYERAHAN CENDERAKENANGAN DARIPADA BKKI KEPADA EN. MOHD SHAFREEN

PENYERAHAN CENDERAKENANGAN DARIPADA BKKI KEPADA EN. MOHD SHAFREEN

KOTA KINABALU, SABAH (2 MEI 2018) : RABU, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, JMG Sabah (BKKI) diwakili oleh En. Herorisan bin Paruka selaku Bendahari BKKI telah menyampaikan cenderakenangan daripada warga BKKI kepada En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa yang akan bertukar tempat bertugas ke JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang pada Mei 2018 ini. BKKI JMG Sabah amat menghargai segala kerjasama beliau selama bersama dengan BKKI JMG Sabah. En. Mohd Shafreen memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Biro Ilmu.